Khamis, 31 Mac 2011

Cuaca tidak 'sehat'.

Assalamualaikum. Apa khabar?  Mudah-mudahan biskita semua sehat walaupun cuaca kebelakangan ani tidak menentu yang kadang-kadangnya boleh menyebabkan badan kurang sehat seperti demam selesma dan batuk.  Anakku, Khairuraziqin selalu benar dijangkiti selesma yang menyebabkan batuk dan kemudiannya diserang ampus (asma).  Malam minggu yang lepas Raziq di refer ke ward 1 selepas berjumpa doktor di ward kecemasan RIPAS.  "Anak kita terpaksa ditahan di sini malam ani".  Emmm terpaksalah jua tapi Alhamdulillah keesokanya sebelah petang Raziq sudah boleh keluar.

Kelmarin petang cuaca di kawasan Bandar Seri Begawan cukup menakutkan! Aku berkata-kata dalam hati sama ada mahu meneruskan balik ke rumah atau tunggu dalam kereta di parkir pejabat sementara menunggu cuaca reda.  Tapi ku teruskan jua meredah hujan.  Ani gambar cuaca yang ku dapat dari sepupuku, si Awang Gnawa dalam Facebooknya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan