Rabu, 23 Mac 2011

Once upon a time...

 Pada 4 Mac 2011 yang lepas aku bersama suami dan anakku, RasyiQah berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku dan kami sempat masuk ke bilik pameran bertemakan 'Once Upon A Time' yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa.  Dengan harga tiket $2.00 seorang.

Bilik Pameran pertama bertemakan 'Snow Season' yangmana ada disediakan 'wagon' bersama seorang 'Puteri' hehehe.  Pada mulanya aku takut hendak naik, manalah tau inda dapat menampung berat badan ku.  Tetapi bila ku tanya si Puteri menjawab boleh dinaiki sehingga empat orang, aku pun naik.  Oleh kerana ada seekor beruang disana jadinya aku mengandaikan ceritanya mesti daripada cerita dongeng 'Beauty and the Beast'.  Hehe si Beast yang ganas tetapi berhati lembut telah menyelamat si Beauty =D


Bilik Pameran kedua pula mungkin cerita-cerita dongeng versi melayu yangmana ada dua nama buku cerita di 'highlight' di sana.  Mimpi Raja Malik Aslam dan Adik Ambuk Yang Degil.  Aku rasa aku belum pernah membaca buku-buku cerita tersebut.  Mungkin cerita ambuk yang mengacau buah-buahan kerana ada buah epal dan buah tembikai (sikoi) yang besar dan mungkin cerita seorang raja yang mempunyai permaisuri yang mengidam hendak makan buah epal atau sikoi hehe.  Jangan marah itu semua andaian ku sahaja.  Sekiranya aku terjumpa jalan cerita yang betul, insya Allah aku akan 'post' disini atau sekiranya biskita mahu tahu cerita sebenar, cari tah buku-buku cerita tersebut di kedai buku atau di perpustakaan.



Bilik Pameran ke tiga aku tidak berapa pasti tema apa.  Disana ada bunga-bunga besar (ada bentuk muka manusia yang timbul di kelopaknya) dan kulat (mushroom) yang besar-besar, tinggi dan berwarna-warni.

Bilik Pameran ke empat temanya diambil daripada salah satu jenis permainan iaitu chess.  Iqah inda mau-mau kan mengangkat nasib baik jua ringan hehe. 


Dengan harga tiket $2.00 seorang aku rasa berbaloi.....tapi minta-mintalah jangan naik harga jika ada pameran serupa lagi dimasa-masa akan datang hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan