Sabtu, 26 Februari 2011

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27 tahun.

Assalamualaikum, lama sudah aku inda update blog ku ani.  Anakku, Muhammad Khairuraziqin balik-balik demam, panas, batuk selesma yang bersambung dengan ampus.  Baru minggu lepas keluar dari wad selepas 3 hari bertahan di Wad 1, Hospital RIPAS. Tetapi hari ani, Alhamdulillah kelihatannya semakin sehat cuma ada batuk-batuk.

23hb. Februari 2011 merupakan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun.   Tema Hari Kebangsaan kali ani ialah Negaraku BRUNEI DARUSSALAM.  Semoga Negara kitani yang kecil tetapi bertuah ani akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah Taala dan semoga akan dilimpahi berbagai-bagai rahmat dan rakyatnya akan sentiasa hidup aman makmor selama-lamanya.  Acara padang semasa Perhimpunan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pada pagi hari Rabu atu walaupun 'simple' tapi cukup bermakna.  Para perserta "bermain" payung yang bila semua payung-payung atu dibuka akan terlihatlah bentuk tulisan jawi 'Negara Zikir' dan 'Allahuakhbar'!

Kebetulan hari ani jua adalah hari lahir adikku, Muhammad Nashiruddien yang ke 18 tahun. Didoakan semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sehat dan sentiasa dalam perlindungan Allah jua.  Semoga tahun ani akan lebih bermakna selepas berjaya melangkah masuk ke Pusat Tingkatan Enam Meragang.

Pagi atu aku melihat acara perarakan di kaca televisyen bersama anakku, Rasyiqah.  Bibiran ya menanya "Ma, kenapa Sultan inda duduk.  Aku lihat dari tadi berdiri saja".  Hehe kesian ya katanya.  Tiba-tiba ada iQah menghampiriku.  "Ma, aku tadi bergambar sama Sultan!".  "Eh, eakah? Dimana?"



Hehe pintar-pintar anakku!  Rupanya bergambar sama Sultan dari televisyen pakai background semasa Kebawah Duli bertitah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan