Khamis, 26 Januari 2012

"Dunia Kartun"

8hb. Januari 2012 yang lalu kami telah pergi ke ICC untuk menjenguk jual-jualan serta pameran sempena Consumer Fair yang merupakan hari terakhir.  Seperti tidak percaya kami terkejut terlalu banyak kereta disana sehinggakan kami putus asa untuk mencari 'parking', hendak naik shuttle bus nda mau hehe.  Kami memutuskan untuk ketempat lain dulu.  Kami ke ICC semula sekitar maghrib, pun susah cari 'parking'.  Tetapi mungkin rezeki, kami dapat masuk melalui pagar belakang ICC yang terbuka.

Melautan orang didalam!! Boring eyh, semua orang berasak-asak, dengan keadaan bising dan kecoh.  Macam dalam pasar.

Kami sempat masuk ke bilik pameran Kids World dengan harga tiket $4.00 seorang kecuali kanak-kanak dibawah umur 1 tahun.  Di sana kami dapat "jumpa" Spongebob, Buzz dan Woody dari dunia kartun SpongeBob Square Pants dan Toy Story.  Rasyiqah dan Raziqin suka hati dapat berjumpa dan bergambar dengan kartun yang mereka selalu tonton di television.  Tapi entah mengapa Raziqin takut sampai memelukku kuat pabila ku bawa bergambar dengan si Buzz dan si Woody.  


Raziqin takut sampai tutup-tutup mata!

Hi Buzz, Hi Woody!

 Lawa kan? hehe

'my sis' pun ikut.


Di Kids World aku sempat beli baju tidur 'long sleeve' untuk diriku hehe dan kepala keretaapi si 'Thomas and Friend'.

Nanti akan datang mau pigi lagi kesana, Insya Allah.

Selasa, 24 Januari 2012

Raziqin di Ward 3.

Kami sekeluarga mengalami ceret beret dimulai dengan aku dan suami kemudian anak perempuanku pada minggu ketiga bulan Januari.  Aku dan suami mungkin boleh menahan sakit perut tetapi iQah demam panas olehnya dan mengadu perutnya seperti ada yang cucuk-cucuk di dalam.  Selepas dibawa ke kelinik dan diberi cuti sakit 2 hari, Alhamdulillah sudah sehat. 

Minggu lepas giliran si kecil pula.  Kasihan.... Kebetulan Raziqin demam batuk dan selesma di tambah lagi dengan berak [oo] yang kerap yang menyebabkan ruam lampin (nya orang Brunei 'bebadas') Raziqin akan menangis.  Makan ubat menangis, di 'puff' untuk melegakan asma pun menangis.  Jadi kadang-kadang termuntah selepas batuk.  Selepas dibawa ke kelinik pesakit luar, Raziqin masih oo jua.  Kasihan bila dia menunjukkan perutnya yang sakit minta disapu minyak.

Suami yang heran bila ku beritahu tidak ada ubat khusus untuk menghentikan ceret beret.  Ubat yang hanya diberi ialah ORS (oral rehydration solution) bertujuan untuk menggantikan "air mineral" yang terbuang melalui muntah dan berak.  Walaupun berwarna oren, Raziqin nda mau minum.

Jadinya malam Jumaat kami bawa Raziqin sekali lagi ke Bahagian Kecemasan di Pusat Kesihatan Ong Sum Ping.  Dari sana Raziqin direfer ke Ward 3, RIPAS untuk pemeriksaan lanjut.  Aduh, bermalam di ward lah jawabnya. Di bawah gambar Raziqin sedang diperiksa.  'Muka ada banyak senyum'. 



Tetapi Alhamdulillah, mungkin kerana letih Raziqin tidurnya nyaman cuma sekeja-sekejap bangun.  Sejuk banar disana. BBBrrrrr pakai selimut pun terasa menggigit sejuknya.  4.30 pagi Raziqin terbangun dan ku beri tahu nurse ada 'wistle sound' dari dadanya.  Terpaksa diberikan 'nebulizer' tapi seperti biasa Raziqin akan menempis hos yang dipasang ke hidungnya.....hmmm payahlah ini macam.



Di atas gambar Raziqin sudah tenang selepas diupah dengan buku. Ok tu, jangan saja menangis, mengusut atau mengamuk.  Awal pagi sudah baca buku, pesakit kanak-kanak lain masih tidur.  Bagus juga di adakan 'Reading Corner' di ward tersebut.  Aku terlupa mengambar kabinet menyimpan bermacam-macam buku sesuai untuk kanak-kanak.  Keesokannya ada lagi member baru yang suka membaca, mahu tahu siapa?


Sekitar jam 8 pagi Raziqin diambi contoh darah diselajurkan untuk dipasang tiub drip air (sekiranya perlu).  Nampak tangan Raziqin berpalster?  Pertama kali mencoba mencari urat, Raziqin nda menangis, bagus eyh kata nurse.  Tapi sudah percubaan kedua dan ketiga di tangan sebelah kiri, mulalah bercucuran air mata. 'nah nda dapat dipuji, menangis tia!' kata nurse.


Oleh kerana Raziqin nampak aktif, doktor belum mengarahkan untuk menambah air melalui tiub.  Lihat saja ulahnya dengan kakanya.  Ada kawan riang gembira.  Kami dibenarkan untuk 'home leave' petang Jumaat dan dinasihatkan untuk datang semula ke ward 3 keesokan harinya, Alhamdulillah!


Dengan muka yang ceria walaupun tangan berbalut dan susah hendak flip buku dan pegang botol susu.  Setelah diperiksa oleh doktor, walau pun ada sedikit ampus dan berak sikit-sikit tetapi tidak ada muntah-muntah, kami dibenarkan keluar tengahari hari atu dibekalkan dengan 3 paket ORS lagi :D

Didoakan Raziqin akan sembuh dan ceret beretnya akan berhenti, Amin!


Sabtu, 21 Januari 2012

Regata Brunei Darussalam 2012.

Hari minggu 22 Januari ani akan diadakan Kejohanan Regata di Perairan Sungai Brunei.

Mulanya aku inda faham apa kan regata ani.  Katanya untuk mengembalikan nostalgia zaman 60an di Kampung Air.  Rupanya "regatta" ani ialah boat race! hehe pasalnya di pejabat pun sibuk pasal pertandingan perahu tambang ani.  Tambah heran tajuk mesyuarat ada disebut "berjanuari" lagi lah aku heran mmm...

Bah baik tah beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan, kawasan Waterfront, pertandingan dimulakan pagi dan petang.  Jangan lupa bawa duit jua untuk beli bahata makan dan minum dan jangan lupa payung...panas tu karang hitam muka hehe.


Isnin, 9 Januari 2012

Disember 2011 dalam kenangan.

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2012. 

Minggu pertama di tahun 2012 menulis tarikh pun kadang-kadang tersasul menaip atau menulis 2011!  Azam baru tahun ani kan berusaha berjimat cermat dan menambah tabung :)  Tahun 2011, banyak hendak dikenang.  Ada suka mahupun duka tapi biarlah ianya jadi kenangan dan pengajaran. 

Oleh kerana bulan Disember 2011 aku inda membuat apa-apa entry, jadi aku akan memposting gambar sebagai kenang-kenangan sahaja.

Ahad, 4hb Disember 2011. 


 Raziqin nampak 'hensem' berbaju cara melayu bersongkok.

Sebelah tengahari telah diadakan Majlis Persandingan adik perempuan kami yangmana majlis akad nikah telah diadakan pada 24 Jun 2011.  Sebelah malam pula oleh kerana tidak ada acara malam berambil-ambilan jadi kami adakan majlis doa selamat untuk hari jadi bapa yang ke 59 tahun.



Sabtu, 10hb. Disember 2011

 
Kami sekeluarga naik perahu kecil menyeberang Sungai Pandaruan untuk ke Temburong. 

Bayangkan kereta yang berbaris hendak menaiki feri terlalu panjang sehingga ke Pos Kawalan Limbang! Jadi hendak tak hendak terpaksa kami 'memotong' barisan tapi bukan hendak menaiki feri tetapi kami tinggalkan kereta di hujung jalan dan naik perahu sahaja.  Bapa mertuaku sudah menunggu di sana untuk membawa kami ke rumah persinggahan.


Adikku seronok walaupun terpaksa duduk di belakang kereta 'double cabin' mertuaku. Gambar di bawah, biskita boleh nampak barisan kereta dari Temburong yang hendak menaiki feri untuk ke seberang samada hendak ke Bandar Limbang atau hendak melintasi Bandar Limbang hendak ke Brunei Darussalam.


Ahad, 11hb. Disember 2011.


Dari Temburong kami sekeluarga menggunakan van sewa menuju ke rumah mertua adik perempuan kami yang akan melangsungkan persandingannya untuk acara keluarga sebelah suaminya.  Kami bertolak dari rumah mertuaku di Bangar, Temburong kira-kira jam 11.00 pagi.  Dalam gambar, Raziqin sedang jadi "penjaga" pengantin hehe.

Isnin, 12hb. Disember 2011.

Dari Lawas kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.  Sepanjang di sana cuaca hujan sahaja, inda banyak shopping'lah disana. Kami balik ke Bandar Seri Begawan pada hari Selasa, 13hb. Disember 2011.



Ani antara ole-oleh dari Kota Kinabalu.  Raziqin asyik dengan buku baru nya.  Siuk ya melihat gambar-gambar.  Tapi awas jangan ditukar muka surat yang lain gerenti ya marah hehe.

Jumaat, 16hb. Disember 2011.

Kami sekeluarga dengan 3 buah kereta berkonvoi ke Bandar Miri.  


Ani ole-ole dari Miri.  Raziqin dengan topi memancingnya, Rasyiqah dengan 'tin' minuman Angry Bird yang besar!

Ahad, 25hb. Disember 2011.

Mengambil kesempatan sempena cuti awam kami mengadakan BBQ di rumah diteruskan dengan main 'loto'.  Gara-gara anakku, Rasyiqah yang inda mau-mau kan bermain loto yang pernah kami adakah semasa majlis malam berjaga-jaga adik perempuan ku kahwin.  Katanya siuk dapat hadiah banyak.  Tapi entah bukan rezeki, iQah hanya dapat 1 hadiah berupa kontena makanan.  Marahnya sampai ke esoknya.  Marah pasal babah dan mamanya inda ikut main :D



Isnin, 26hb. Disember 2011.



Untuk memujuk iQah yang marah kerana inda dapat banyak hadiah semalam, kami sekeluarga pergi ke Edutainment (opps aku lupa namanya) yang diadakan di kawasan letak kereta RiverView Hotel.  Nasib baik ya senyum tapi marah jua pasal inda sempat main bouncer! hmmm

Bah sampai sini saja dulu. Jumpa lagi.


Sabtu, 26 November 2011

Tahniah Rasyiqah #1

Assalamualaikum. Apa khabar biskita.  Lama ku inda update blog ani dengan alasan kurang sehat disamping sibuk menjaga anak-anak yang demam.

Untuk penutup bulan November ani aku kongsikan khabar gembira kerana anakku, Rasyiqah dapat tempat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahunnya.  Lagi pula keputusannya sangat menggalakkan :D senyum lebar iQah, maklumlah ada yang sudah janji hendaklah belikan 'i-Pad' sekiranya dapat nombor 1!  Tapi aku yang tidak pernah 'menjanjikan' apa-apa pun dikenakan belanja bawa anak-anak ke Jungle Gym, menyampaikan hajat 'orang dapat nombor 1" karang kana munjungi lagi sampai nda mau makan hehe.


Pada hari Sabtu, 26 November 2011 telah diadakan Konvokesyen Kedua Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Murid-Murid Cemerlang Tahun 2011. 

"Babah dan mama doakan anak babah dan mama ani sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan insya Allah berjaya dari masa ke semasa, Amin Ya Rabbal Ala Amin!"


Tahun depan mungkin satu cabaran bagi iqah kerana akan memulakan sesi sekolah ugama. mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan iqah akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan sistem pelajaran di tahun baru, Amin!

Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang terutamanya cikgu-cikgu yang mengajar Rasyiqah di Kelas 1 Hijau.  Dia berjaya kerana jasa bis cikgu jua!

Isnin, 17 Oktober 2011

petai oh petai.


Balik dari kerja kelmarin, babah iqah bawa balik beberapa papan petai dan asam jelayan pemberian mertuaku dari Temburong.

Biskita pandai makan petai dan asam jelayan? Emmm. Babah iqah dan aku sendiri pandai makan tapi 'once in a blue moon' (hehe ingat kartun smurf terus) saja kami makan.  Mulanya babah iqah planing kan masak petai bersama baby clam dalam tin yang kering tetapi nda sampai hajat hehe baby clam tak ada dalam stok di dapur :) Kan buat sambal petai tumis dengan udang kering pun tak dapat......kes habis stok dan malas nak jalan ke kedai!

Akhirnya babah iqah makan petai cicah sambal asam jelayan + belacan + lada padi + air limau kasturi saja. Kalau rajin karang kan liat resepi petai hehehe.

p/s Babah jangan banyak makan petai karang baunya 'semerbak' dimana-mana. (Si suami bibiran, katanya baik ni makan petai dapat mencuci buah pinggang.  emmm benar kah tu?)

Sabtu, 15 Oktober 2011

iQah suka tu!

Ambuyat salah satu makanan kegemaran anakku, Rasyiqah.  Kalau boleh setiap hari kan makan ambuyat.

Kelmarin, balik dari kelas tambahan di sekolah, iQah mahu makan di restoran katanya kan makan ambuyat. Tapi memandangkan kami sudah ada janji dengan adikku jadi kami menyampaikan hajat makan ambuyat di rumah sahaja.


Tidak ada yang 'special' seperti di restoran, yang ada cuma cacah ambuyat yang becampur tempoyak, sambal belacan, lobak, timun, kacang bindir dan ulam rancah-rancah.  Kebetulan aku membeli apam gula hangus dari kakakku, bolehlah jadi penghilang pedas hehehe.


Si adik pun ikut-ikutan tah jua inda mau-mau kan memegang candas.  Disuapkan satu atau dua kali ambuyat mahu jua dia mencobanya.  Baik jua inda makan di restoran, kalau macam ani lah gayanya, mmmm.


p/s   'chef' yang menumpah ambuyat ani bukan aku......tapi babah iQah :D

Sabtu, 8 Oktober 2011

mengapa?...

Nampaknya sudah sebulan aku tidak mem'update' blog ani, mmmmm. Mengapa? Tidak ada apa-apa cuma.... emmmm.... entahlah....

Hehe situasi macam ani selalu melanda orang yang tengah 'frust'.   Eh bukan aku! Tapi adalah sikit uhuhu.  Sebenarnya ada sedikit rasa 'frust' atu dalam hati ani hanya kerana banyak gambar-gambar dalam 'handphone' ku yang di/ter 'delete' oleh suamiku.  Hmmm, macam rasa kehilangan sesuatu rasaku.  Alasan si suami "Babah, buang gambar-gambar yang inda menantu.  Barat saja memori olehnya" katanya.  "Ala, banyak gambar-gambar Raziq masa damit tu yang belum ber'transfer'......lagipun walau inda menantu tapi atu sengaja untuk mengingati tarikh, bla, bla, bla".

"Aduh mengapalah sayang amai?...." kataku dalam hati.  Marah? Nadalah...tapi ada rasa 'something is missing'.  Tapi nasib baik ada gambar-gambar atu yang sempat aku 'upload' di Facebook ehehe. Jaditah!


Misalnya gambar ani.  6 Februari 2011.  Gambar semasa Raziqin di Wad 1, Hospital RIPAS.


3 Disember 2010.  Gambar Raziqin dalam 'walker' yang cute memakai kaca mata.


Bagiku semua kenangan baik yang suka atau duka, ketawa atau menangis kadang-kadang kitani sahaja yang tahu menilainya.  Sampai ada yang menyimpan cebisan kain yang pada mata kitani nada makna tapi bagi yang empunya besar sekali ertinya!  Bak kata pepatah "tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula......"

Sabtu, 3 September 2011

Salam Aidilfitri.


Hari ini sudah masuk 3 Syawal 1432, masih belum terlambat bagi saya untuk menyampaikan Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faiezin, Maaf Zahir & Batin kepada yang mengenali saya serta keluarga dan juga kepada pengunjung blog Permata @ hati kita! Tersilap kata, salah susun aya dalam blog ani harap maafkan.

Tahun ani, Raziqin sudah pandai berjalan, jadinya bisai dipakaikan baju cara melayu lengkap bersinjang (samping) dan bersongkok.  Kacak!


Kakaknya, RasyiQah pula sudah pandai bergaya.  Katanya mahu pakai tudong.  Mamanya ani yang lama mengusai tudongnya....cerewet bukan main, pandai memilih pin yang lawa-lawa.  Lucu jua bila setiap masa bertanya "ma, nampak rambut?".

  
Senang-senang nanti aku kan cerita kami berhari raya 5 jam dalam kereta, seronok! (mun faham bisai hehehee)

Selasa, 30 Ogos 2011

posto~posto.

Assalamualaikum, lama banar udah nda aku bercerita disini.  Hari raya pun sudah dekat, mungkin esok atau lusa :D

Sekarang ani aku sedang sibuk menjawab dan menyediakan kad raya untuk dikirim bagi pihak 'my bos' hehe. Aku sendiri nda ada perancangan hendak menempah atau membeli kad raya.  Melalui 'facebook' atau sms saja.


'My bos' beri wang untuk membeli stamp dan aku juga masih ada baki stamp tahun lepas.  Idea dari my colleague untuk menggunakan span yang disimpan dalam bekas berisi sedikit air - stamp ditekan perlahan-perlahan untuk membasahi permukaan bawahnya bagi memudahkan untuk melekatkan stamp diatas sarung surat. 

Aku suka melihat stamp sempena Anniversary 40 Tahun ASEAN.  Stamp berkenaan mengambarkan ibu pejabat kerajaan dan tempat-tempat menarik di negara-negara ASEAN seperti Bangunan Setiausaha Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Vimanmek Mansion, Bangkok, Thailand, National Museum of Cambodia, Presidential Palace Ha Noi, Vietnam dan yang lainnya.


Aku ada menerima satu kad raya daripada rakanku yang mengandungi pantun, sungguh kreatif.  Bunyi pantunnya:

Kanak-kanak bemain marcun,
Jangan saja bebalang ditangan,
Masa Hari Raya ani kitani beimpun,
Bejarah-jarah bejabat tangan.

Sampai sudah di Hari Raya,
Selepas kitani sebulan bepuasa,
Disambut gumbira di pagi Hari Raya,
Jangan inda ingat pada yang berduka.

Kanak-kanakan bemain tambi,
Bemain tambi di bawah beranda,
Sambil kitani memuji namaMu Ya Rabbi,
Panjatkan do'a pada yang sudah tiada.

Negara Brunei Darussalam aman sentosa,
Amat terkenal diseluruh dunia,
Maaf mun ada tekasar bahasa,
Kami seluruh warga Bahagian .....,
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

~ Maaf Zahir Batin ~


Saya ingin mengambil kesempatan disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin.  Semoga hari raya ani kitani bermaaf-maafan dan saling mengeratkan silaturahim.