Isnin, 9 Januari 2012

Disember 2011 dalam kenangan.

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2012. 

Minggu pertama di tahun 2012 menulis tarikh pun kadang-kadang tersasul menaip atau menulis 2011!  Azam baru tahun ani kan berusaha berjimat cermat dan menambah tabung :)  Tahun 2011, banyak hendak dikenang.  Ada suka mahupun duka tapi biarlah ianya jadi kenangan dan pengajaran. 

Oleh kerana bulan Disember 2011 aku inda membuat apa-apa entry, jadi aku akan memposting gambar sebagai kenang-kenangan sahaja.

Ahad, 4hb Disember 2011. 


 Raziqin nampak 'hensem' berbaju cara melayu bersongkok.

Sebelah tengahari telah diadakan Majlis Persandingan adik perempuan kami yangmana majlis akad nikah telah diadakan pada 24 Jun 2011.  Sebelah malam pula oleh kerana tidak ada acara malam berambil-ambilan jadi kami adakan majlis doa selamat untuk hari jadi bapa yang ke 59 tahun.



Sabtu, 10hb. Disember 2011

 
Kami sekeluarga naik perahu kecil menyeberang Sungai Pandaruan untuk ke Temburong. 

Bayangkan kereta yang berbaris hendak menaiki feri terlalu panjang sehingga ke Pos Kawalan Limbang! Jadi hendak tak hendak terpaksa kami 'memotong' barisan tapi bukan hendak menaiki feri tetapi kami tinggalkan kereta di hujung jalan dan naik perahu sahaja.  Bapa mertuaku sudah menunggu di sana untuk membawa kami ke rumah persinggahan.


Adikku seronok walaupun terpaksa duduk di belakang kereta 'double cabin' mertuaku. Gambar di bawah, biskita boleh nampak barisan kereta dari Temburong yang hendak menaiki feri untuk ke seberang samada hendak ke Bandar Limbang atau hendak melintasi Bandar Limbang hendak ke Brunei Darussalam.


Ahad, 11hb. Disember 2011.


Dari Temburong kami sekeluarga menggunakan van sewa menuju ke rumah mertua adik perempuan kami yang akan melangsungkan persandingannya untuk acara keluarga sebelah suaminya.  Kami bertolak dari rumah mertuaku di Bangar, Temburong kira-kira jam 11.00 pagi.  Dalam gambar, Raziqin sedang jadi "penjaga" pengantin hehe.

Isnin, 12hb. Disember 2011.

Dari Lawas kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.  Sepanjang di sana cuaca hujan sahaja, inda banyak shopping'lah disana. Kami balik ke Bandar Seri Begawan pada hari Selasa, 13hb. Disember 2011.



Ani antara ole-oleh dari Kota Kinabalu.  Raziqin asyik dengan buku baru nya.  Siuk ya melihat gambar-gambar.  Tapi awas jangan ditukar muka surat yang lain gerenti ya marah hehe.

Jumaat, 16hb. Disember 2011.

Kami sekeluarga dengan 3 buah kereta berkonvoi ke Bandar Miri.  


Ani ole-ole dari Miri.  Raziqin dengan topi memancingnya, Rasyiqah dengan 'tin' minuman Angry Bird yang besar!

Ahad, 25hb. Disember 2011.

Mengambil kesempatan sempena cuti awam kami mengadakan BBQ di rumah diteruskan dengan main 'loto'.  Gara-gara anakku, Rasyiqah yang inda mau-mau kan bermain loto yang pernah kami adakah semasa majlis malam berjaga-jaga adik perempuan ku kahwin.  Katanya siuk dapat hadiah banyak.  Tapi entah bukan rezeki, iQah hanya dapat 1 hadiah berupa kontena makanan.  Marahnya sampai ke esoknya.  Marah pasal babah dan mamanya inda ikut main :D



Isnin, 26hb. Disember 2011.



Untuk memujuk iQah yang marah kerana inda dapat banyak hadiah semalam, kami sekeluarga pergi ke Edutainment (opps aku lupa namanya) yang diadakan di kawasan letak kereta RiverView Hotel.  Nasib baik ya senyum tapi marah jua pasal inda sempat main bouncer! hmmm

Bah sampai sini saja dulu. Jumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan