Selasa, 24 Januari 2012

Raziqin di Ward 3.

Kami sekeluarga mengalami ceret beret dimulai dengan aku dan suami kemudian anak perempuanku pada minggu ketiga bulan Januari.  Aku dan suami mungkin boleh menahan sakit perut tetapi iQah demam panas olehnya dan mengadu perutnya seperti ada yang cucuk-cucuk di dalam.  Selepas dibawa ke kelinik dan diberi cuti sakit 2 hari, Alhamdulillah sudah sehat. 

Minggu lepas giliran si kecil pula.  Kasihan.... Kebetulan Raziqin demam batuk dan selesma di tambah lagi dengan berak [oo] yang kerap yang menyebabkan ruam lampin (nya orang Brunei 'bebadas') Raziqin akan menangis.  Makan ubat menangis, di 'puff' untuk melegakan asma pun menangis.  Jadi kadang-kadang termuntah selepas batuk.  Selepas dibawa ke kelinik pesakit luar, Raziqin masih oo jua.  Kasihan bila dia menunjukkan perutnya yang sakit minta disapu minyak.

Suami yang heran bila ku beritahu tidak ada ubat khusus untuk menghentikan ceret beret.  Ubat yang hanya diberi ialah ORS (oral rehydration solution) bertujuan untuk menggantikan "air mineral" yang terbuang melalui muntah dan berak.  Walaupun berwarna oren, Raziqin nda mau minum.

Jadinya malam Jumaat kami bawa Raziqin sekali lagi ke Bahagian Kecemasan di Pusat Kesihatan Ong Sum Ping.  Dari sana Raziqin direfer ke Ward 3, RIPAS untuk pemeriksaan lanjut.  Aduh, bermalam di ward lah jawabnya. Di bawah gambar Raziqin sedang diperiksa.  'Muka ada banyak senyum'. 



Tetapi Alhamdulillah, mungkin kerana letih Raziqin tidurnya nyaman cuma sekeja-sekejap bangun.  Sejuk banar disana. BBBrrrrr pakai selimut pun terasa menggigit sejuknya.  4.30 pagi Raziqin terbangun dan ku beri tahu nurse ada 'wistle sound' dari dadanya.  Terpaksa diberikan 'nebulizer' tapi seperti biasa Raziqin akan menempis hos yang dipasang ke hidungnya.....hmmm payahlah ini macam.



Di atas gambar Raziqin sudah tenang selepas diupah dengan buku. Ok tu, jangan saja menangis, mengusut atau mengamuk.  Awal pagi sudah baca buku, pesakit kanak-kanak lain masih tidur.  Bagus juga di adakan 'Reading Corner' di ward tersebut.  Aku terlupa mengambar kabinet menyimpan bermacam-macam buku sesuai untuk kanak-kanak.  Keesokannya ada lagi member baru yang suka membaca, mahu tahu siapa?


Sekitar jam 8 pagi Raziqin diambi contoh darah diselajurkan untuk dipasang tiub drip air (sekiranya perlu).  Nampak tangan Raziqin berpalster?  Pertama kali mencoba mencari urat, Raziqin nda menangis, bagus eyh kata nurse.  Tapi sudah percubaan kedua dan ketiga di tangan sebelah kiri, mulalah bercucuran air mata. 'nah nda dapat dipuji, menangis tia!' kata nurse.


Oleh kerana Raziqin nampak aktif, doktor belum mengarahkan untuk menambah air melalui tiub.  Lihat saja ulahnya dengan kakanya.  Ada kawan riang gembira.  Kami dibenarkan untuk 'home leave' petang Jumaat dan dinasihatkan untuk datang semula ke ward 3 keesokan harinya, Alhamdulillah!


Dengan muka yang ceria walaupun tangan berbalut dan susah hendak flip buku dan pegang botol susu.  Setelah diperiksa oleh doktor, walau pun ada sedikit ampus dan berak sikit-sikit tetapi tidak ada muntah-muntah, kami dibenarkan keluar tengahari hari atu dibekalkan dengan 3 paket ORS lagi :D

Didoakan Raziqin akan sembuh dan ceret beretnya akan berhenti, Amin!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan