Khamis, 13 Jun 2013

Alhamdulillah, rumahku syurgaku :)

Assalamualaikum. Lebih 6 bulan sudah inda aku update blog ani sibuk salah satu alasannya.

Sebenarnya, banyak cerita kan ku kongsi disini tapi aku kan kongsikan berita gembira ------>"Kami sekeluarga sudah pindah ke rumah baru!!"

Alhamdulillah, mengambil sukut baik Israk Mikraj, kami sekeluarga dengan rasminya masuk kerumah baru pada subuh hari Khamis, 6 Jun 2013.  Dalam keadaan cuaca yang mengizinkan, sunyi dan damai, kami sampai ke rumah beberapa minit sebelum masuk waktu Sembahyang Subuh dengan diiringi bacaan doa pindah rumah dan diikuti dengan sembahyang farhdu subuh berjemaah. Sebelah malamnya pula, kami mengadakan sembahyang farhdu Isyak berjemaah dan diikuti doa kesyukuran di kalangan ahli keluarga sahaja.



Kami berdoa mudah-mudahan dengan izin Allah Subhanahu Wat'ala jua, kami mohon semoga Allah akan mengurniakan kepada kami kemurahan rezeki, kesehatan yang berpanjangan kepada ahli rumah kami, segala macam kebaikan dan keberkatan daripadaNya jua.  Mudah-mudahan kami akan terpelihara daripada keburukan dan terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Amin Ya Rabbal Alamin.




Jumpa lagi, insya Allah :)

2 ulasan:

  1. WaitSeminit...

    Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kerana sudah memiliki kediaman sendiri. Bagi yang bekerjaya, selain berusaha dan bekerja keras untuk pencapaian diri, lazimnya berkeinginan mempunyai rumah sendiri hasil titik peluh dan usaha sepanjang bekerja. Memiliki rumah sendiri bererti melangkah keluar setapak lagi untuk lebih berdikari. Bukan selama ini tidak berdikari, tapi apabila sudah mendiami rumah sendiri, usaha dan skop berdikari itu lebih luas lagi. Banyak perkara perlu difikirkan. Perbelanjaan, kerharmonian rumahtangga dan aspek kekeluargaan akan menjadi lebih mencabar kerana kediaman adalah tadbiran sendiri.

    Tahniah juga kerana diusia muda sudah berfikir untuk mempunyai rumah sendiri. Nanti-nanti boleh membeli lain-lain keperluan yang dimahukan apabila sudah ada kelapangan dan bertambahnya rezeki.

    Tahniah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih WaitSeminit :)

    sudah berumah sendiri ani nda sangka banyak jua kan difikirkan dari buang sampah, periksa tabuk pintu bila malam dan memikir menghadiri jemputan jiran sebelah menyebelah hehe dulu ada indung bapa dapat men'safe'.

    dan cabaran mungkin hari raya nanti, mesti jadi 'tuan rumah' yg pandai memeduli tetamu yg datang.

    BalasPadam