Jumaat, 19 April 2019

Biopsi Buah Pinggang (Kidney Biopsy)


   بسم الله الرحمن الرحيم



Khamis 28 April 2019 aku menjalani procedure Kidney Biopsy - ambil sample buah pinggang.  sama mcm ambil darah jua tapi ani dari pinggang.



Sepertimana yang dijadualkan, aku cek-in ke ward 2, Hospital RIPAS sehari sebelum biopsi. Ku datang dalam waktu tengahari seorang pasal husbandku nda dapat ikut...ada TTX (table top exercise) di tempat kerjanya. Selepas aku menghantar anak2 ke rumah adik ipar ku, ku memilih untuk naik bas sahaja daripada susah-susah cari parking nanti di hospital.



Terima kasih kpd Kementerian Kesihatan kerana menyediakan servis shuttle-bus ulang alik dari RIPAS ke Jame 'Asr Hassanil Bolkiah secara percuma 😍



Turun bas dihadapan OPD RIPAS terus aku singgah ke kantin kan beli untukku lunch, lepas atu terus ke wad 2. Baik jua di ground floor.  Selepas register, aku diberikan katil 6.



2 orang nurse mengikutkan aku untuk cek bp, temperature dan Spo.  BP level ku tinggi 1st time diambil 154.  Mungkin pasal jalan jauh. Aku request untuk rehat dulu karang saja cek lagi.  selepas atu baru tah turun jadi 140 fuuhh...



Tiba masa untuk ambil darah.  Ku lihat nurse nya muda dari aku.  mungkin terasa ku macam nervous, nurse atu bertanya "kenapa kita? takut kah" 😅 Bukanku takut tapi sedikit gegaran hahaha selalu ambil darah di klinik, yang ambil darah duduk di kursi, nurse yang ani berdiri.  Takut kedia nda selesa atau ngalih bediri ujungnya tesurung jarum hahahaha jauh imagination ku atu 🤭



Aku dibenarkan untuk home leave petang atu dalam jam 4.30 petang.  Kata nurse yang bertugas esok pagi saja aku datang semula ke wad.


Sajian Makanan.


Sepanjang aku di wad, pesakit yang ditahan akan menerima 4 sajian iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.


Rabu, 27 Mac 2019.



Khamis, 28 Mac 2019.






Jumaat, 29 Mac 2019.










Sabtu, 30 Mac 2019.





Alhamdulillah! Rezeki. Cukup time, makan 💃

Buang Boring...


Masa packing barang untuk dibawa ke hospital, aku sempat bawa buku crossword puzzle sama download game bubble dalam hp ku.






Sangal (letih) main game atau cari puzzle, aku liat tv.




Nasib aku ada bawa powerbank yang penuh, rupanya dalam wad inda dibenarkan untuk menggunakan soket-soket yang ada untuk menchas gajet!




Khamis, 28 Mac 2019 - Biopsi.


jam 1.30 petang, aku mula ditolak menggunakan katil menuju bilik ultra-sound.  Sepanjang perjalanan, macam-macam doa yang aku hafal ku baca untuk menenangkan hatiku.





Senyum tapi dalam hati, Allah saja yang tahu.  Takut dan menyesal pun ada.  Napa lah aku setuju untuk biopsi ani uhuhuu



Tiba di ruang ultrasound, aku diperkenalkan kepada Doktor Pakar berbangsa cina dan seorang nurse turut hadir.  Doktor membrief sedikit pasal prosedur biopsi, memaklumkan pasal injek bius dan di area mana yang akan dicucuk jarum biopsi.  Aku diarahkan untuk baring meniarap.



Prosedur mengambil masa sejam lebih, sample dari buah pinggang ku terpaksa diambil 2 kali (twice) sebab sample yang diambil sebelum atu kata bahagian makmal inda mencukupi. Semasa menunggu panggilan telefon dari makmal samada sample kali ke-2 mencukupi atau inda, nurse tadi bawa aku bercakap-cakap. Bertanya samada aku ok,  boleh gerakkan kaki dan tangan takut kebas.  Lega hati ku bila mendengar ada panggilan memaklumkan sample sudah cukup.



Sebelum disurung semula ke wad, Doktor mengingatkan supaya berbaring selama 3 hingga 4 jam.  Takut ada pendarahan dan sebagainya.



Alhamdulillah, aku dibenarkan balik ke rumah hari Sabtu dan diberikan cuti sakit selama 6 hari lagi untuk berehat dan diberi peringatan untuk tidak membuat kerja berat selama 6 minggu.






Sampai sini saja dulu, jumpa lagi.

Salam Jumaat, 19hb April 2019.

2 ulasan:

  1. Excellent article; many thanks for informing us. It's been extremely helpful. Keep sharing, please. If you want to learn more about the finest biopsy treatment that is also reasonable Please pick the link.
    kidney biopsy treatment in coimbatore
    kidney biopsy test price

    BalasPadam
  2. Excellent article; many thanks for informing us. It's been extremely helpful. Keep sharing, please. If you want to learn more about the reasonable Kidney Biopsy Treatment in Coimbatore, please pick the link.

    BalasPadam