Sabtu, 23 Januari 2010

si Kaptapilar yang nakal.


Ada seekor anak giuk yang nakal namanya si "Kaptapilar", ia selalu berulah dan inda mendengar cakap mamanya. Mamanya selalu menegur "jangan bejalan jauh, karang hilang", "jangan banyak makan karang gemuk", "jangan itu, jangan ini". Tapi si Kaptapilar inda mendengar cakap mamanya.


Pada suatu hari, si Kaptapilar inda mau bangun, ia inda mau sekolah sedangkan kawan-kawannya yang lain sekolah. Oleh kerana si Kaptapilar inda sekolah, mamanya berpesan supaya jangan keluar rumah dan jangan berjalan jauh pasalnya mamanya kan keluar mencari makanan. Setelah bangun tidur, si Kaptapilar merasa keboringan pasal semua kawannya inda ada kan dangannya bermain. si Kaptapilar lupa akan pesanan mamanya, ia keluar rumah dan berjalan merayau-rayau. Tiba-tiba ia ternampak satu kotak berisi makanan. "Waaah, nyaman" katanya dalam hati. Lalu si Kaptapilar pun makan sehingga ia merasa kenyang. Kerana terlampau kenyang, si Kaptapilar pun tertidur.


Apabila terbangun, si Kaptapilar merasa terkejut pasalnya ia berada dalam gelap. Ia merasa sangat takut. Barulah ia terkenangkan mamanya dan si Kaptapilar menyesal dalam hatinya berkata "kalau aku mendengar cakap mamaku, mungkin aku inda berada di sini" Si Kaptapilar pun menangis. Ia inda tau ia sedang berada di dalam beg plastik sampah.


Tidak lama kemudian, ia mendengar bunyi seperti ada orang datang dan tiba-tiba ada cahaya! Rupa-rupanya mama si Kaptapilar datang untuk menolong! "mama!" jerit si Kaptapilar terus memeluk mamanya! Mereka sangat gembira.


THE END.


Cerita ani merupakan salah satu 'bedtime stories' ikah. Ada cerita Burung yang haus minum air dalam botol, cerita si Tanggang (versi makan cucur epal hehe), cerita arnab dan kura-kura, cerita lelaki yang jujur suka makan epal... macam-macam lagi. Kadang-kadang dalam perjalanan antar ikah sekolah pun ada 'request' minta ulangi cerita dimalam.


Ada satu soalan cepu emas ikah.




"Ma, macam mana mama si Kaptapilar tau si Kaptapilar ada dalam plastik?" ...

(aitz au ah hehe). Aku memberi tahu ikah, Tuhan memberi magik arah ibu bapa supaya tahu kalau anak-anak bisdia dalam kesusahan dan kalau anak-anak cakap bohong pun ibu bapa tahu jua tu. Mudahan ikah paham (",)



Salam mama iQah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan