Pada suatu petang pada kebiasaanya aku sampai di rumah selepas pulang dari bekerja, aku akan memasak air menggunakan 'ketel karan'. Selepas air disiikan, suis ON ditekan, aku pun berlalu meninggalkan dapur. Sambil memanyap-manyap (mengemas) aku masih terdengar bunyi air mendidih dari ketel di ruang dapur. Seketika berlalu, aku merasa heran, sepertinya air yang ku tunggu masak tidak berhenti mendidih. Lalu aku pun masuk ke dapur semula.
SUBHANALLAH!!
Rupa-rupanya aku terlupa menutup semula penutupnya! Oleh kerana wap panas dari air yang mendidih dari tadi, bahagian pemegang yang berwarna pink (lihat gambar) telah retak-retak dan berguguran masuk ke dalam ketel dan air yang sebelum ini penuh sudah kelihatan berkurangan.
Waduh, bahaya banar nie. Macam mana kalau aku biarkan terlalu lama, nasib baik aku inda meninggalkan air mendidih ketika aku terleka memeduli Raziq, atau aku mandi, atau...? apa akan terjadi... "Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah, menjauhkan kami dari mara bahaya".
Jadi kepada biskita diluar sana, hati-hati, jangan pelupa macam kes aku di atas ani =(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan